We're here on this special day, Our hearts are full of pleasure, A day that brings the hope,,,,,

We're gathered here to appropriate.. make a moment you'll always treasure,
We ask Allah to make our life become happier







Assalamualaikum,
sebelum bibir mengatur bicara, sebelum anggota menggorak langkah.. didedikasikan sembah salam kepada semua pembaca tidak kita dimana jua anda berada..

sembah salam bersulamkan bunga,
salam dihulur salam sejahtera,
indah kata bersopan kata,
budaya bangsa budaya Malaysia.

Friday, November 5, 2010

Lembayung Kata, Pemidato Berkarya

 bersama dengan farah syazwani,,peserta dari klate....gomo klate gomo..hahhaaa
 our second place winner.,.kak zaina from sabah,,oouup terlebih sudah,.,, kecil2 cili api..
 penantian penuh debaran,,pengumuman 10 finalis yang layak ke grand finale Pertandingan pidato KPBPNB2010.. gadis2 yang kt krusi depan ni sume dapt masuk final..sediihhhh...
 farah syazwani n t"he clumsy but cut girl",,org kg marsha londoh dari sabah...memperkanalkan amanda lestari..


badang2 wanita yang membuat cubban untuk mencabut pokok bberhampiran Hotel Marriot, Putrajaya

                                                tunggu 'flight' dari Melaka ke Kuala Lumpur
                                                    hotel room service please ,,room 508....
sbelum pertandingan
                              menanti bas di lobby Hotel Marriot  untuk ke Dewan Sri Endon, Putrajaya

Inilah antara kenangan indah yg aku tempuhi tahun ini,, ku garapkan dalam blog picisan ini....miss all of u....
Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad Peringkat Kebangsaan 2010..
  Tajuk Pidato saya:
 Peranan  Institusi Pendidikan Ke Arah Pencapaian Matlamat Negara Maju.






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
            ” Saya percaya, untuk memastikan aspirasi pendidikan menerap budaya pencapaian yang baru, tidak terbantut oleh ketidakmampuan. Kita  membangunkan modal insan yang sepadan dengan tanggungjawab dan cabaran masa mendatang. Apa yang kita perlukan adalah tidak kurang daripada suatu ‘revolusi pendidikan…”
Ucapan Tun Abdullah  sempena Forum Dialog Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 2004.
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang  berbahagia, dif-dif kehormat, yang dihormati kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya sidang dewan yang dimuliakan. Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Hadirin sekalian,
            Peranan  Institusi Pendidikan Ke Arah Pencapaian Matlamat Negara Maju. Inilah kalimat yang ingin saya kongsikan bersama.  Kalimat ini merujuk kepada fungsi organisasi pelajaran dalam mencapai objektif inovasi negara.
           
Hadirnya saya bukan untuk melancong,
                        Pidato saya bukan tin kosong.




Sidang saksi bermisi.
            Komponen pertama. Institusi pendidikan pemangkin modal insan bertaraf dunia. Johnness Spit dalam  Megatrend menyatakan gelombang dunia ditentukan oleh masyarakat. Bukan sekadar masyarakat bermaklumat tetapi masyarakat berilmu. Sudah pasti nilai murni yang diterapkan di institusi pendidikan disepadukan dengan ilmu akli bukan sekadar skill mahupun kemahiran, bahkan ilmu wahyu.
 Lantaran itu hadirin,  apabila penyuburan ilmu terhasil berjaya diimplementasikan bakal melahirkan para teknokrat dan ekonomis bagi mengembeling kemajuan Negara.
Ibarat taktik serampang dua mata, institusi pendidikan, menjana kestabilan politik dengan memperkukuhkan perpaduan melalui sistem pendidikan yang progresif dan masyarakat berilmu. Dalam masa yang sama, sudut ekonomi dapat diperkasa melalui pendedahan kepakaran ilmu dan kemahiran.
.
Maka, atas keyakinan inilah dalam RMK 9, kerajaan memperuntukkan lebih 4 billion ringgit untuk pendidikan dan latihan.
Tuntasnya , dengan nilai ilmu, iman dan amal yang diterapkan melalui institusi pendidikan, bakal menobatkan insan  cemerlang, insan teladan seumpama Tun Dr Mahathir  dengan kepimpinannya, Nichole n David dengan squashnya dan  Datuk Sheikh Muszhapar Shukor angkasawan negara. Inilah bukti betapa signifikannya peranan institusi pendidikan dalam memanifestasikan  modal insan bertaraf dunia supaya tidak menjadi nyior condong, pangkal dipuput, buah jatuh di laman orang.

Hadirin perhatian hadirin,
Pidato ini tiada selingan iklan. Teruskan  dengan komponen kedua. Institusi Pendidikan wadah  ekonomi berasaskan pengetahuan ke arah Malaysia maju. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan sebuah  ekonomi melalui penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi pemangkin efektif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Institusi pendidikan berperanan menyalurkan pengetahuan yang disepadukan dengan budaya pragmatis dan bersifat holistik.
Ekonomi berasaskan pengetahuan  merupakan landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk menapai  Wawasan 2020.
Di samping itu, ekonomi jenis ini mempercepatkan perubahan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh produktiviti. Inilah teras utama yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh . Lantas mengembangkan lagi potensi pengeluaran ekonomi Malaysia.

            Izharlah melalui peranan institusi pendidikan inilah bakal menjana ekonomi negara setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika, Jepun mahupun Canada. Bukankah kita mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka?



Hadirin  sekalian, sidang dewan penuh santun,
            Komponen ketiga. Institusi pendidikan perintis dasar sains dan teknologi ke arah inovasi Negara. Kemajuan Sains dan Teknologi merupakan salah satu Aspirasi Negara dalam Wawasan 2020
            Oleh itu, Kepentingan S&T dalam usaha mencapai matlamat Negara maju telah diakui oleh pakar-pakar akademik dan industri. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi pendidikan dan penyelidikan  seperti PORIM, MARDI, Universiti Malaya, dan Universiti Putra Malaysia serta sumbangan mereka kepada pertumbuhan pembangunan dan sektor pertanian di negara ini.
Pengurusan S&T yang bijak  nyata  memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan dapat mengekalkan taraf negara kita sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam  utama di dunia.
 Ibarat aur dengan tebing, perkaitan ini juga telah diambilkira dalam  Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan kearah kemajuan Malaysia.
            Tuntasnya, peranan institusi pendidikan sebagai instrument ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi inilah yang menjadi pakej ke arah kemajuan negara yang lebih mapan.


Hadirin sekalian,
            Komponen keempat. Institusi Pendidikan penyerlah pembangunan nilai keusahawanan dan kependidikan kewangan cemerlang. Nilai keusahawanan dan pendidikan kewangan yang diterapkan melalui institusi pendidikan bertujuan melahirkan modal insan berkualiti, mempunyai pemikiran atribut serta minda keusahawanan. Seterusnya   memanifestasikan lebih ramai ahli teknokrat dan pakar ekonomis yang bertindak sebagai pemangkin transformasi kemajuan dan ekonomi ke  arah pencapaian status Negara maju menjelang tahun 2020.
            Disamping itu, kolaborasi institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad dengan institusi pendidikan perlu dipuji kerana berjaya memupuk acuan modal insan berwawasan.
            Melalui sinergi ini, telah pun wujud Kelab Pelaburan Bijak yang mendedahkan kepada pelajar, kepentingan pelaburan serta konsep risiko dan pulangan.
Manakala Institusi Pendidikan juga menjadi tunjang kepada institusi kewangan untuk mendedahkan cabaran aspirasi kemajuan Negara seawal usia 7 tahun. Pepatah melayu mnyebut, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
            Hadirin, apabila konteks ilmu disepadukan dengan pendekatan kewangan bakal menobatkan masyarakat berkaliber, masyarakat ideal dan mengikut kronologi kontemporari.
            Maka dirumuskan bahawa, institusi pendidikan menterjemahkan nilai keusahawanan dan kependidikan kewangan cemerlang ibarat tiang seri ke arah Negara cemerlang, gemilang, dan terbilang.  

Hadirin yang dihormati,
            Sebagai intiha, dapat disimpulkan disini bahawa peranan institusi pendidikan menjadi tonggak utama dalam membentuk masyarakat intelek, ideal dan, futuristik. Jika perkara ini berjaya diimplementasikan dalam kalangan masyarakat, maka akan wujudlah suasana yang dimaksudkan “baldatun taibah warabbun ghaffur” iaitu,kehidupan yang baik akan sentiasa dilimpahi rahmat.  Maka saya menyeru hadirin sekalian, marilah memperkasa peranan institusi pendidikan ke arah pencapaian Negara maju . sekian wb..

 Disediakn oleh Muhammad Shukri bin Roslan,
Bersama pantauan dan tunjuk ajar Puan Suriyani, Cik Farhana, Puan Nurul Bahiyah
Teks Pidato PNB 2010
Copy right reserved © 2010 of   MC 002 Sekolah Iskandar Shah



No comments:

Post a Comment