We're here on this special day, Our hearts are full of pleasure, A day that brings the hope,,,,,

We're gathered here to appropriate.. make a moment you'll always treasure,
We ask Allah to make our life become happier







Assalamualaikum,
sebelum bibir mengatur bicara, sebelum anggota menggorak langkah.. didedikasikan sembah salam kepada semua pembaca tidak kita dimana jua anda berada..

sembah salam bersulamkan bunga,
salam dihulur salam sejahtera,
indah kata bersopan kata,
budaya bangsa budaya Malaysia.

Tuesday, November 16, 2010

the fallen sakura on top of iskandar!

episode 1
 sakura = perlambangan keatas rasa ketenangan dek kerana ianya merupakn kuntuman yg cantik berguguran    dimusim sejuk tumbuh mekar menggembirakan hati si pelihatnya.. perlambangan juga jelas ditampakkan pada warnya ,  merah jambu lembut(soft) yang menampilkan rasa kelembutan, ketenangan, kesopanan dan keindahan alam ciptaan Allah. namun bagiku adalah bermakna perlabangan ini keatas rasa yang berbusar dalam melewati keindahan ciptaaan Tuhan dalam menggarap kenangan ,kemanisan dalam kehidupan yang diselimuti keimanan dan raa berTuhan.

  Terawangan kenangan itu menyapa dimindaku, masih teringat tika itu,,ketika dahulu,, bukanlah suatu yg dapat dibanggakan , namun sebagai anak desa , keputusan 4A dalam UPSR cukup  menggembirakan dan berjaya mengukir senyuman dibirku..melakar senyuman dan mercarik kebanggaan.

Entah kenapa , tika itu minat yang mendasr di lubuk hati untuk melanjutkan pelajaran keperingkat menengah di sebuah sekolah berasarama.  namun langit x slalu cerah ,mendung seketika dan kadang kala hi=ujan gerimis megundang mengenelamkan suasana sadis itu.  aku percaya tanpa restu orang tua siapalah aku, akhirnya aku dengan redha menerima sahja twaran ke Sekolah Iskandar Shah.

   Masih teringat akan hari pertama melabuhkan sauh ilmu di institusi pendidikan itu, ditemani kakak ku,,  kami ke sekolah dengan menaiki motorsikal .... aku seakan akan rusa masuk kg time tuh terus jer beratur dibarisan tingkatan dua, apabila diingatkan semula , malu juga rasanya. selamat tidak sorang pun tahu...hhahhaaa
 ikhlaskan hati tabahkan jiwa..aku terus menerima hakikat bahawa aku adalah seorang ALEXANDRIAN ..akhirnya benih "sakura" yang cuba kutanam dihati ini, kubajanya dengan kepuraan, kubasahinya pula dengan kepalsuan,, tiba2 mengeluarkan pucuk cinta akan sekolah ini,, aku pun terus membasahinya dengan keikhlasan dan membajainya dengan iltizam. terus mekar dan mekar hinggalah melunaskan daun yang mulus strukturnya.

hari demi hari kuhitung dengan gembira ibarat  daun berguguran di musim luruh banyaknya.. tatkala itu dunia remajaku mula dilakari, mula dihiasi, mula kucantingkan step by step. suka duka semuanya aku bancuhkan dalm satu resepi jiwa. hinggalah suatu hari , cinta pandang pertama mula lahir dalm hatiku ini,,, pada tika itulah baru dapat kurasakan makna berkasih antara adam dan hawa , anatara Yusof dengan zulaikha, bagai romeo dengan juliet,, ..............

      bersambung di episop seterusnya,, nak tahu siapakah gadis itu???next episod ya

1 comment:

  1. salam, smbungan story ni xend lg kan??
    hope.. dpt bce smbungan cite ni dalam
    mse trdekat ye..syukran..

    ReplyDelete